
Sayyidatina Aishah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w solat sunat Dhuha empat rakaat dan ia menambah seberapa yang dikehendaki ."
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
-->"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
--> Baca Alfatihah hingga akhir
--> Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
--> Baca Alfatihah
--> Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
--> Tahiyyat akhir & Beri Salam..
3. Doa
--> Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
--> Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
--> Bahasa melayu pun boleh, Doalah.
--> Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Lepas ni bole la nak tunaikan solat ni..perbanyakkanlah amalan supaya nanti hidup kita senang di akhirat kelak insha-Allah .. ok sampai disini sahaja assalamualaikum ^ ^
No comments:
Post a Comment