Tuesday, 20 November 2012

Hukum Memakai Contact Lens

Assalamualaikum...ok hari ni saya nak cakap pasal contact lens ...Sekarang contact lens dah popular kan..dulu2 pon ada tapi tak delah sepopular hari ni..kan2

Apabila baca tajuk ni mesti korang tertanya-tanya..kan apa hukumnye..ye la..kita ni manusia ada perasaan suka mencuba..tapi dalam mencuba tak ada langsung perasaan ingin tahu apa hukumnya atau mungkin korang dah tahu :)
Contohnye :

macam contact lens nie..remaja2 ingin menjadi cantik atau betul2 memerlukannya.. just pakai tanpa tahu apa
hukumnya kan..jadi mari kita terjah ke bawah apa hukumnya.. ------>



Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan HARAM memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)

Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/) 

ok ..sekarang dah tahu..yang mana rasa perlu teruskan dan yang mana saje2 pakai untuk bertabaruj maka anda tahu apa nak buat kan..hehe :3 ok samapai di sini saja..assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment